Dua Warga Iran Bebas Daripada Pertuduhan Edar Dadah Methamphetamine - Semasa | mStar

Dua Warga Iran Bebas Daripada Pertuduhan Edar Dadah Methamphetamine

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, pada Isnin melepaskan dan membebaskan dua warga Iran terhadap pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 3,675.7 gram tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izani Ishak gagal membuktikan kes prima facie terhadap Peyman Bahram Soleymenpour dan Habib Shayan Saadi.

Hakim Ghazali memerintahkan Peyman, 37, dan Habib, 30, dihantar pulang ke negara asal dan dilarang datang semula ke negara ini.

Beliau berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah itu berada dalam milikan kedua-dua tertuduh walaupun mereka mempunyai anak kunci yang dijumpai ketika pemeriksaan dilakukan.

Ghazali berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kedua-duanya menyewa tempat itu, yang didakwa dijadikan tempat proses bahan dadah itu.

Peyman yang merupakan seorang peniaga manakala Habib, yang baru beberapa bulan datang ke Malaysia, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung mandatori.

Mengikut kertas pertuduhan mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah jenis itu di premis beralamat 107-23 Bistari Condominium, Jalan 1/6 4 D, Off Jalan Putra, di sini, pada pukul 1.30 pagi, 20 Okt 2009.

Mereka diwakili peguam bela Gooi Soon Eng. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dua Warga Nigeria Bebas Tuduhan Menipu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain