suria

Tiga Dilapor Hilang Tragedi Bot Ekspres Karam

BINTULU: Tiga orang dilaporkan hilang dalam kejadian bot ekspres karam di hulu Sungai Kakus dekat sini, Isnin yang setakat ini enam orang dilaporkan maut. Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu, Deputi Supritendan Wan Zaizodin Wan Jaafar, mereka yang dilaporkan hilang itu ialah kanak- kanak perempuan berumur lima tahun Alicia Emilda, seorang wanita berumur 22 tahun, Udah Engkermat dan seorang lelaki berumur 43 tahun, Jau Deng. Beliau yang dihubungi malam tadi berkata, laporan tentang kehilangan mereka dibuat di Balai Polis Daerah Tatau.

"Kami diberitahu lebih ramai yang akan datang membuat laporan tentang kehilangan anggota keluarga mereka. Kami bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya. Kemalangan berlaku kira-kira 2.30 petang apabila sebuah bot ekspres penumpang dilaporkan berlanggar dengan sebuah tongkang balak yang sedang ditarik oleh bot tunda di Ulu Anap, Kakus.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat disambung pada 6.30 pagi Rabu setelah dihentikan 6 petang, Selasa. - BERNAMA

Artikel Lain