suria

BAJET 2011: 3 Lesen Syarikat Broker Saham Baharu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata SC akan menambah bilangan "Proprietary Day Traders" beroperasi di pasaran.

SC juga akan memudahkan proses dan prosedur penyenaran syarikat dan produk terutama Dana Dagangan Bursa (ETF), katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Ia adalah antara langkah untuk menggerakan pasaran modal domestik, terutama memeplbagaikan propduk pelaburan, meliberalisasikan syarat pemegangan ekuiti dan had pelaburan, menawarkan insentif menarik selain meningkatkan kerjasama dengan bursa-bursa asing. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain