suria

Ku Li Akan Pastikan BN Berjaya Di Galas - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Isnin menyerahkan surat perlantikan pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Perdana Menteri berkata, Tengku Razaleigh menyatakan kesediaannya untuk mengetuai jentera BN bagi memastikan kemenangan parti itu pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 4 November depan.

"Tengku Razaleigh amat bersedia untuk mengepalai jentera BN.

"Beliau akan beri tumpuan sepenuhnya untuk memastikan kita mencapai kejayaan dalam pilihan raya kecil kali ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Mengenai calon BN bagi kerusi berkenaan, Najib berkata: "Kita bincang mengenainya... tapi keputusan akan dibuat dalam terdekat."

Artikel Lain