Isu Wang Ehsan, Royalti Minyak Tidak Jejas Peluang BN Di Galas - Semasa | mStar

Isu Wang Ehsan, Royalti Minyak Tidak Jejas Peluang BN Di Galas

KUALA LUMPUR: Isu pemberian wang ehsan dan royalti minyak buat rakyat Kelantan tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi kerusi pilihan raya kecil di Galas, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Sabtu.

Katanya isu itu tidak akan menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya kecil itu kerana ianya adalah isu di peringkat nasional.

"Yang penting di peringkat negeri, kita sudah agihkan wang ehsan dan rakyat sudah mulai menerima wang ehsan tersebut, jadi isu ini tidak relevan lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai strategi pembangkang yang bakal membangkitkan isu-isu sensitif termasuk isu wang ehsan dan royalti minyak.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat dari Pas, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN itu pada 26 Oktober ini dan jika ada pertandingan tarikh pilihan raya ditetapkan pada 4 November.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata mesyuarat rasmi pertama antara Pengarah Pilihan Raya Kecil Galas iaitu Tengku Razaleigh Hamzah bersama jentera pilihan raya BN Isnin ini.

"Kita akan mengadakan pertemuan besar kemungkinan Isnin ini di mana butir-butir terperinci akan kita bincangkan termasuklah program yang akan kita laksanakan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan ke Galas Rabu ini untuk bertemu dengan jentera pilihan raya bagi membincangkan strategi pilihan raya kecil kali ini, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain