Gerakan Nafi Wujud Cubaan Rasuah Menjelang EGM - Semasa | mStar

Gerakan Nafi Wujud Cubaan Rasuah Menjelang EGM

GEORGE TOWN: Gerakan hari ini menafikan dakwaan wujud cubaan merasuah menjelang pemilihan mesyuarat agung luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang Ahad ini.

Speaker kebangsaan parti itu, Tan Sri Dr Chin Fook Weng berkata apa yang berlaku adalah salah faham ekoran gurauan kerani di pejabatnya yang menghubungi beberapa orang dalam pergerakan pemuda parti itu berhubung EGM berkenaan.

"Sebenarnya saya mengarahkan kerani terbabit menghubungi mereka (beberapa pemuda parti) untuk meminta bantuan menguruskan EGM pada Ahad ini tetapi kerani itu dalam perbualan telefon telah bergurau dengan memaklumkan mereka dipanggil oleh 'bos' mungkin untuk dilantik sebagai penyelaras.

"Saya mengaku memang memanggil mereka sebagai penyelaras tetapi menyelaras bahagian dewan, parkir kereta dan urusan sidang akhbar dan bukannya untuk merasuah mereka supaya mengundi menentang usul tidak percaya terhadap Datuk Dr Teng Hock Nan (Pengerusi Gerakan Pulau Pinang).

"Perkara itu telah disalah tafsir oleh mereka dengan menganggap ia adalah cubaan rasuah sedangkan ini semua adalah salah faham dan saya mengaku 'bos' yang dimaksudkan itu adalah saya dan bukannya Dr Teng seperti yang didakwa mereka," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn dan Naib Ketua Pemuda negeri, H'ng Khoon Leng.

Chin berkata beliau dipanggil 'bos' kerana kedudukannya sebagai orang lama dan menguruskan kerja yang dilakukan dalam urusan pentadbiran pejabat Gerakan termasuk bagi mesyuarat, sidang akhbar dan pelbagai lagi.

"Kebanyakan pekerja di pejabat Gerakan memang memanggil saya 'bos' kerana saya orang lama di sini (pejabat)," katanya.

Semalam kumpulan 'Suara Akar Umbi Gerakan' dilaporkan berkata gelaja rasuah wujud menjelang mesyuarat EGM itu yang dipanggil oleh kumpulan itu bagi menyingkirkan pengerusi Teng.

Pemimpin kumpulan itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Heng, mendakwa Dr Teng telah menawarkan jawatan penyelaras kawasan Parlimen dan Dewan Undangan negeri (DUN) kepada anggota perwakilan bagi meraih sokongan semasa berkempen di kawasan Seberang Perai.

Jawatan penyelaras kawasan diwujudkan oleh Barisan Nasional bagi parti Gerakan yang tewas kerusi Parlimen dan DUN pada pilihan raya umum lepas di negeri itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Penulis Nota Tidak Dipastikan

default image

Masyarakat Siam Berterima Kasih Kepada PM

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain