suria

MAMPU Sasar Wujudkan Komuniti Pakar Pembangunan Laman Web

KAJANG: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ingin mewujudkan satu komuniti yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan lam web berkualiti tinggi sejajar dengan keperluan semasa.

Menurut Timbalan Pengarah ICT, MAMPU, Datuk Dr. Nor Aliah binti Mohd. Zahri berkata, sudah sampai masanya kemahiran teknikal dan peningkatan kompetensi di kalangan golongan muda di negara ini diiktiraf.

Atas dasar itu juga, Nor Aliah berkata, MAMPU telah menganjurkan MAMPU menganjurkan Pertandingan Pembangunan Laman Web Perisian Sumber Terbuka (0SS) 36 Jam bermula semalam sehingga 8 Oktober 2010 di Institut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kajang.

"Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai peranan OSS sebagai salah satu penjana pembangunan modal insan," katanya semasa merasmikan pertandingan tersebut di sini malam tadi.

Beliau berkata, pihak MAMPU gembira apabila pertandingan yang disertai oleh wakil dari sektor awam, pelajar dari institut pengajian tinggi awam dan swasta serta peserta berkumpulan telah berani menyahut cabaran dan menyertai pertandingan yang mengambil masa 36 jam itu.

"InsyaAllah pertandingan itu akan dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records sebagai acara terpanjang pembangunan laman web perisian sumber terbuka," katanya.

Nor Aliah berkata, pertandingan ini juga dianjurkan bersempena dengan Persidangan Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia 2010 (MYGOSSCON 2010) yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 2 November depan.

Seramai 48 pengaturcara mewakili 16 pasukan yang terdiri dari pelbagai kaum telah mengambil bahagian.

Pemenang bagi hadiah utama pertandingan akan menerima wang tunai berjumlah RM10,000.00.

"Melalui pengiktirafan Malaysia Book of Records, kejayaan dan bukti sokongan padu sektor awam dan swasta dalam pelaksanaan perisian sumber terbuka dapat dilihat," jelasnya.

Sementara itu, Nor Aliah berkata, MAMPU akan memberi sokongan dan menjadi pemantau kepada hasil pembangunan yang dicipta kepada peserta yang berjaya bagi membolehkan perisian yang dibangunkan akan terus dimajukan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

24 Rumah rosak Dilanda Ribut

Artikel Lain