Najib Makan Malam Bersama Rakan Online 4 November - Semasa | mStar

Najib Makan Malam Bersama Rakan Online 4 November

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak akan menganjurkan makan malam khas untuk rakan-rakan online beliau di Seri Perdana, Putrajaya, pada 4 November ini.

Perdana Menteri berkata jamuan bermula 8 malam itu diadakan selepas kejayaan acara jamuan teh pada Mac lepas dan bertujuan berkenalan dengan rakan senegara serta berdialog dengan mereka.

"Pada awal tahun ini, saya telah berpeluang menjadi hos kepada rakan-rakan dalam talian saya dalam satu peristiwa istimewa dan saya telah memaklumkan bahawa akan terdapat lebih banyak acara seperti ini lagi pada masa hadapan.

"Saya begitu teruja untuk mengumumkan acara yang akan datang yang akan diadakan pada 4 November malam. Pendaftaran untuk mendapatkan undangan kini dibuka dan saya mengalu-alukan anda mendaftar dan menyertai acara ini," katanya dalam laman blog beliau, www.1Malaysia.com.my , Rabu.

Najib berkata beliau benar-benar berpuas hati dengan acara lepas dan berharap akan berpeluang untuk berdialog secara terbuka dan ikhlas seperti yang berlaku dalam pertemuan sebelum ini.

"Yang menariknya tentang acara ini adalah ia membolehkan saya berinteraksi dengan rakyat Malaysia dari segenap lapisan dan latar belakang, terutamanya kerana mereka yang menjadi tetamu saya dipilih secara rambang daripada senarai mereka yang mendaftar," katanya.

Najib berharap rakan-rakan online beliau telah meluangkan masa untuk benar-benar mengenali laman web beliau yang berwajah baru.

"Memandangkan tujuan saya adalah untuk terus meningkatkan hubungan kita dan dialog 1Malaysia, saya akan memperkenalkan lebih banyak ciri-ciri dan program-program lain melalui laman 1Malaysia.com.my dan Facebook saya dari semasa ke semasa," katanya.

Najib, yang dalam perjalanan pulang ke tanah air setelah berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) ke-65 di samping Sidang Kemuncak Asean-Amerika Syarikat, menyifatkan lawatan kerjanya itu sebagai begitu bermakna sekali.

"Sejak mula tiba lagi jadual saya begitu ketat dan waktu yang terluang untuk saya berblog begitu terhad. Bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan ini secara ringkas untuk berkongsi dengan anda satu acara menarik yang begitu saya nanti-nantikan (pada 4 November ini)," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

default image

Lepasan Universiti Didakwa Edar Kanabis

default image

TNB Mahu Kitar Semula Abu Arang Batu

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain