suria

Perniagaan Tidak Untung Alasan Majikan Tidak Carum Pekerja Dengan Perkeso

DUNGUN: Perniagaan yang dijalankan tidak menguntungkan dan baru mula berniaga merupakan antara alasan yang sering diberikan peniaga yang enggan mencarum pekerja mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketua Eksekutif Perkeso K.Selvarajah berkata kira-kira 14 peratus daripada 40,000 majikan yang diperiksa menerusi Ops Kesan baru-baru ini didapati gagal mencarum untuk pekerja masing-masing, dengan ramai antara mereka memberikan jawapan sedemikian.

Beliau berkata berdasarkan Ops Kesan yang dilaksanakan di seluruh negara baru-baru ini, sebahagian besar daripada majikan yang gagal mencarum pekerja dengan Perkeso terdiri daripada kalangan peniaga kecil dan baru.

Bercakap kepada pemberita di sini, katanya kebanyakan majikan yang masih tidak mencarum dengan Perkeso tidak faham mengenai peraturan yang mewajibkan mereka mendaftar pekerja dengan Perkeso, walaupun mereka mempunyai hanya seorang pekerja.

Terdahulu Selvarajah menyerahkan bantuan peralatan dan pampasan cuti sakit kepada seorang buruh binaan, Zulkifli Abd Razak, 28 yang mengalami hilang upaya sementara, di rumah pemuda itu di Kampung Nyiur, Paka di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain