Wanita Indonesia Ditahan Bersama Mayat Bayinya - Semasa | mStar

Wanita Indonesia Ditahan Bersama Mayat Bayinya

KUALA LUMPUR: Polis pada Jumaat menahan seorang wanita Indonesia yang cuba mendapatkan pertolongan rakan senegara mengkebumikan mayat bayi perempuan yang baru dilahirkannya, berhampiran rumah kongsi di Wangsa Maju di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul CAP Zakaria Pagan berkata wanita berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.40 pagi selepas pihaknya menerima maklumat orang awam.

"Wanita itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Semasa ditahan dia ada membawa bersama sebuah beg yang di dalamnya mengandungi mayat bayi perempuan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya ketika ditanya wanita itu mendakwa mayat bayi tersebut adalah anak majikannya.

"Bagaimanapun selepas disoal siasat, wanita itu akhirnya mengaku bayi itu adalah anaknya yang dilahirkan di sebuah rumah kongsi di Ampang Ulu kira-kira pukul 6 pagi semalam," katanya.

Zakaria berkata wanita itu juga mendakwa bayi berkenaan meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Warga Myanmar Ditemui Mati Di Shah Alam

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain