Lapan Hakim Mahkamah Tinggi Terima Surat Pelantikan - Semasa | mStar

Lapan Hakim Mahkamah Tinggi Terima Surat Pelantikan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyerahkan suratcara pelantikan kepada lapan Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara di sini, Isnin.

Hakim Mahkamah Tinggi itu terdiri daripada Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Zaleha Yusof, Datuk Halijah Abbas, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Kamardin Hashim, Yaacob Md. Sam, Datin Zabariah Mohd Yusof dan K. Anantham.

Turut hadir menyaksikan upacara pelantikan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Termasuk Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Datuk Hashim Hamzah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan