suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kebenaran Berpolitik Dianggap Bukti Kepercayaan Kerajaan Kepada Guru

KOTA BAHARU: Kebenaran berpolitik yang diberikan kepada guru merupakan satu bukti kepercayaan kerajaan terhadap komitmen guru, kata Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru Lepasan Maktab Se-Malaysia cawangan Kelantan, Mohamad Che Noh.

"Ia satu usaha yang baik kerana ia dapat mengembalikan semula cara berpolitik satu masa dahulu yang kebanyakannya diceburi oleh golongan guru. Sekarang ini bidang politik kebanyakannya dimonopoli ahli korporat," katanya kepada Bernama.

Mohamad berkata penglibatan guru dalam politik akan membolehkan mereka menyumbang kepakaran dan pengalaman kepada negara.

Bagaimanapun beliau mengingatkan guru di negara ini khususnya di Kelantan agar tidak terlalu ghairah berpolitik sehingga menjejaskan tanggungjawab sebenar.

"Di Kelantan, negeri yang sentiasa panas dengan pelbagai isu politik, diharap guru tidak membawa perkara itu sehingga ke tempat kerja atau bermasam muka dengan rakan sekerja kerana berbeza ideologi politik," katanya.

Bermula 1 Ogos lepas, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mengumumkan langkah itu berkata peluang yang diberikan itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain