suria

Murugiah Nafi Wujud Syarat Bawa Masuk Penyokong MIC

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T. Murugiah menafikan laporan sebuah portal web bahawa beliau diberi tempoh dua minggu oleh MIC untuk mengemukakan senarai nama penyokongnya yang didakwa berjumlah 200,000 untuk menyertai parti itu.

Katanya laporan oleh Malaysiakini semalam adalah palsu dan mempersoalkan sumber yang diperolehi oleh portal berita itu berkaitan dakwaan tersebut.

Murugiah, bekas anggota Parti Progresif Penduduk (PPP) yang dipecat, berkata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu tidak mengenakan sebarang syarat terhadapnya untuk membawa masuk penyokongnya menyertai parti itu.

"Memanglah, saya dah janji untuk membawa masuk penyokong saya yang berjumlah lebih 200,000 untuk ke MIC, mereka dah bersetuju untuk menganggotai MIC," katanya pada sidang media di pejabat Setiausaha Dewan Negara di Bangunan Parlimen di sini, pada Selasa.

Malaysiakini melaporkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC baru-baru ini telah membuat keputusan agar Murugiah diberi tempoh dua minggu untuk membawa masuk penyokongnya ke dalam MIC. -BERNAMA

Artikel Lain