Kepimpinan BN Semua Peringkat Perlu Transformasi - TPM - Semasa | mStar

Kepimpinan BN Semua Peringkat Perlu Transformasi - TPM

KUALA LUMPUR: Senario politik masa kini serta perubahan dalam lanskap politik negara sejak pilihan raya umum Mac 2008 menuntut kepimpinan Barisan Nasional (BN) daripada semua peringkat untuk melakukan suatu perubahan yang ketara serta proses transformasi yang boleh diterima rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jika ini gagal dilakukan oleh kepimpinan BN, maka parti itu akan menghadapi masalah menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Kalau itu tidak kita lakukan dalam tempoh yang agak segera...maka pasti bila menjelang pilihan raya akan datang kita akan menghadapi masalah agak besar (yang boleh) mencabar keutuhan kuasa politik," katanya pada majlis makan malam anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Kebangsaan (Mubarak) Malaysia di sini malam Sabtu.

Majlis makan malam ini yang turut dihadiri oleh isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman diadakan sempena Perhimpunan Agung Mubarak ke-7 di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata situasi hari ini adalah berbeza dari segi mengurus parti dan kerajaan kerana rakyat kini banyak membuat penilaian serta pertanyaan terhadap dasar-dasar dan tindakan yang dibuat kerajaan.

Menurutnya, jika transformasi besar yang diharapkan rakyat mampu dilaksanakan dengan jayanya, maka BN dapat mempertahankan sokongan rakyat di masa akan datang.

Muhyiddin berkata cabaran politik hari ini yang merupakan rentetan daripada tsunami politik yang melanda pilihan raya umum lepas adalah amat besar, lebih-lebih lagi dengan pendedahan terhadap maklumat-maklmat terkini di dalam mahupun di luar negara, terutamanya di kalangan anak-anak muda.

Katanya, dengan mindset baru di kalangan anak-anak muda ini, maka wujud tuntutan yang memerlukan urusan dan pentadbiran kerajaan serta hal ehwal parti dilakukan dengan lebih efektif dan telus.

Lantaran itu, Mubarak sebagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan dalam membantu BN menghadapi cabaran masa kini, katanya.

Beliau mengajak kepimpian Mubarak dari semua peringkat berganding bahu dengan kerajaan dalam membantu menjelaskan pelbagai gagasan, dasar serta pendekatan yang sedang dilakukan kerajaan untuk disampaikan kepada masyarakat umum.

Muhyiddin berkata walaupun anggota-anggota Mubarak tidak memegang jawatan pada masa ini, tetapi pengalaman mereka sebagai bekas wakil rakyat amat berguna dalam usaha memajukan negara.

"Pengalaman lama mereka masih boleh dimanfaatkan dalam situasi hari ini yang amat mencabar," kata beliau.

Sementara itu, Pemangku Presiden Mubarak Malaysia Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dalam ucapannya berkata Mubarak bersedia menyumbang untuk membantu ke arah memastikan kesinambungan kerajaan BN di negara ini.

Katanya pelbagai aktiviti dan program akan dijalankan melalui dana Yayasan Mubarak dan berharap banyak pihak akan terus membantu dalam pengisian dana tersebut.

Beliau juga mengumumkan bahawa perhimpunan agung Mubarak tahun depan akan diadakan di Sabah. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain