suria

Pendekatan Positif Media Bantu Bentuk Negara Yang Kukuh

KANGAR: Pendekatan positif media dan masyarakat terhadap proses bina negara akan membantu kerajaan membentuk negara yang lebih kukuh dan stabil, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Menurutnya, jika pendekatan negatif menjadi pilihan, ia boleh membawa kepada kehancuran negara yang selama ini berada dalam suasana yang baik.

Berucap pada majlis malam mesra media anjuran Jabatan Penerangan Perlis dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara di Kuala Perlis Jumaat malam, beliau berharap semua pihak menggunakan pendekatan positif dalam proses bina negara.

"Kalau keburukan atau perkara negatif yang menguasai, ia juga boeh meretakkan hubungan sesama masyarakat," katanya.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Perlis Sobki Saad berkata majlis itu diadakan bagi menghargai peranan media massa terhadap pembangunan negara dan Perlis.

Katanya media massa turut berperanan dalam mencorak pemikiran masyarakat dan sumbangan mereka adalah besar terhadap proses pembangunan negara. - BERNAMA

Artikel Lain