suria

Komen Peserta Pidato 1Malaysia

Koh Jia Xin
 Koh Jia Xin
Koh Jia Xin

KUALA LUMPUR: Pertandingan Pidato 1Malaysia 2010 dilihat sebagai wadah memupuk semangat patriotisme serta mencungkil bakat-bakat baru dikalangan pelajar sekolah di negara ini.

Menurut Koh Jia Xin, Sekolah Menengah Miharja Cheras, penganjuran program sebegini dapat memberikan pendedahan kepada pelajar agar dapat memahami konsep 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

“Saya sangat yakin gagasan 1Malaysia boleh dilaksanakan sekiranya masyarakat berbilang kaum di negara ini tidak ada rasa curiga antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Yong Wun Yee dari Sekolah Menegah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuala Lumpur berkata, pertandingan pidato ini dapat membentuk pelajar supaya lebih kreatif dan kritis dalam mentafsirkan konsep 1Malaysia.

“Selama ini kami kurang faham dengan konsep 1Malaysia kerana kurangnya pendedahan. Namun dengan adanya program seperti ini, kami dapat gambaran yang lebih jelas mengenai 1Malaysia.

“Saya juga yakin konsep ini mampu dilaksanakan kerana perpaduan adalah kunci utama kepada kemakmuran sesebuah negara,” katanya.

Bagi Rajkumar Subramaniam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Cochrane pula, sekolah adalah institusi yang sesuai untuk memupuk sifat toleransi dan perpaduan kaum.

“Di sekolah kami sentiasa bergaul dengan rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang.

"Oleh itu, saya lihat sekolah sebagai tempat yang sesuai untuk mengaplikasikan konsep 1Malaysia,” katanya.

Tiffany Kong dari Sekolah Menengah Convent Jalan Peel pula berpendapat gagasan 1Malaysia wajar diteruskan kerana ia dapat menerapkan nilai perpaduan dan tolah ansur di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Saya sendiri suka bergaul dengan kawan-kawan berbangsa Melayu dan India di sekolah. Kami sering bertukar-tukar pandangan dan pendapat dalam pelbagai perkara.

“Konsep 1Malaysia ini sangat penting dan ia perlu diteruskan agar rakyat lebih memahami adat dan budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Bagi Noraznira Ahmad dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri pula, program pidato ini perlu dijadikan sebagai acara tahunan dan ia juga perlu diperluaskan dengan melibatkan penyertaan pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi di negara ini.

“Saya lihat program sebegini wajar diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada golongan remaja seperti kami supaya faham konsep 1Malaysia dengan lebih jelas.

“Program sebegini juga dapat membentuk jatidiri rakyat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya.

Menurut R. Sivabalan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Menengah Bandar Utama Damansara, program pidato 1Malaysia ini memberikan pendedahan yang amat berguna kepada dirinya terutamanya dalam menghargai perjuangan pemimpin negara yang terdahulu sejak dari era zaman kemerdekaan hinggalah ke hari ini.

“Ini merupakan pentas terbaik untuk golongan remaja faham mengenai agenda dan dasar kerajaan yang telah dirancang demi kebaikan rakyat di negara ini.

“Di sini, peranan semua pihak sangat penting, kita perlu sama-sama berganding bahu untuk merealisasikan konsep 1Malaysia,” katanya.

Artikel Lain