suria

Lelaki Maut Ketika Memburu Bersama Rakan

LUBUK ANTU: Seorang lelaki maut apabila terkena tembakan ketika memburu bersama tiga rakannya di sebuah ladang kelapa sawit dekat sini, Ahad.

Keneddy Banyan Labang, 23, dari Rumah Endawi Janting di Nanga Jela, Penempatan Semula Fasa II mati di tempat kejadian apabila tembakan itu mengenai dadanya.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu DSP George Merejok berkata kejadian dilapor berlaku pada pukul 7 malam ketika mangsa memburu bersama tiga rakannya yang berusia antara 30 dan 50 tahun di sebuah ladang kelapa sawit.

"Mereka dipercayai berpecah kepada dua kumpulan. Rakan-rakannya terdengar satu das tembakan dan mendapati mangsa rebah. Rakannya yang membuat pemeriksaan mendapati mangsa terkena tembakan di dada," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Bapa lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis Lubok Antu malam tadi.

Mayat Keneddy dihantar ke Hospital Betong untuk bedah siasat.

George berkata sehubungan itu, polis nenahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes itu, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain