TUS Masih Berbaki RM23 Juta, Siswazah Seluruh Negara Disaran Mohon Jadi Usahawan - Semasa | mStar

TUS Masih Berbaki RM23 Juta, Siswazah Seluruh Negara Disaran Mohon Jadi Usahawan

KOTA BAHARU: Siswazah di negara ini yang berminat memulakan perniagaan disaran memohon kepada Tabung Usahawan Siswazah (TUS) berikutan tabung itu kini masih mempunyai baki terkumpul berjumlah RM23 juta daripada keseluruhan peruntukan yang disalurkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Penolong Pengarah Institusi Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Samsu Kadir berkata sejak 2000 hingga Mei tahun ini hanya seramai 1,347 jumlah permohonan diterima daripada siswazah yang berhasrat mendapatkan pinjaman bagi memulakan perniagaan.

"Daripada jumlah itu sebanyak 659 peserta mendapat kelulusan pinjaman di bawah kerjasama SME Bank.

"Jumlah permohonan yang diluluskan sebanyak 659 permohonan itu yang meliputi 48.9 peratus permohonan daripada jumlah keseluruhan dan hanya 16.7 peratus sahaja daripada peserta yang mengikuti kursus Skim Usahawan Siswazah (SUS) memohon pinjaman TUS," katanya kepada pemberita selepas majlis Latihan Asas Keusahawanan, SUS Siri Kelima di sini, hari ini.

Justeru katanya, MITI kini menggalakkan mana-mana graduan institusi pengajian tinggi supaya merebut peluang menjadi usahawan.

Samsu berkata MITI telah mengadakan pelbagai program latihan seperti SUS dan jumlah peserta SUS dari 2000 hingga 2009 seramai 7,943 orang.

Samsu berkata, sehingga kini terdapat 12 siri pada tahun ini di seluruh Malaysia dan ia merupakan siri kelima diadakan di Kelantan dengan mempunyai peserta seramai 121 termasuk di negeri ini.

"Pihak INSKEN mensasarkan 30 orang bagi setiap program dan sehingga Mei 2010, sebanyak 31 permohonan diterima untuk pembiayaan TUS dan empat daripadanya lulus menerima pinjaman," katanya.

Menurutnya, antara syarat pinjaman yang dikendalikan INSKEN melibatkan syarat kelayakan termasuk peserta perlu berusia 35 tahun ke bawah, wajib menghadiri kursus kendalian MITI, mendapatkan sijil dan menghantar kertas kerja (rancangan kertas kerja INSKEN-Rancangan Perniagaan (RP).

Katanya, had permohonan untuk pembiayaan di bawah TUS ialah RM20,000 hingga RM250,000 dan tempoh bayaran balik maksima sehingga 10 tahun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain