Siapa Bayar Peguam Balasubramaniam Jadi Tanda Tanya - Semasa | mStar

Siapa Bayar Peguam Balasubramaniam Jadi Tanda Tanya

KUALA LUMPUR: Isu berapa banyak wang dan siapa yang membayar peguam untuk menemani bekas penyiasat persendirian P.Balasubramaniam semasa di London dan Paris dibangkitkan hari ini.

Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata yang menjadi tanda tanya kini ialah berapa banyak wang yang dibayar kepada peguam-peguam yang bukan hanya menemani Balasubramaniam di London tetapi juga ke Paris.

Balasubramaniam, yang kini dilaporkan berada di India, telah membuat akuan bersumpah berhubung pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 3 Julai 2008, dan keesokannya menariknya balik dan menggantikkan dengan akuan bersumpah kedua melarikan diri ke luar negara.

Anuar mengulangi saranan Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi, supaya Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyiasat sumber bayaran yang diterima peguam berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain