Umno Kedah Anjur Konvensyen Bagi Rampas Semula Kedah - Semasa | mStar

Umno Kedah Anjur Konvensyen Bagi Rampas Semula Kedah

ALOR SETAR: Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah akan menganjurkan konvensyen pada 31 Julai ini bagi membincangkan lapan perkara yang menjadi asas gerakan untuk mengambil semula negeri Kedah pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata konvensyen sehari di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu akan dihadiri kira-kira 1,000 orang terdiri daripada pemimpin Umno peringkat negeri dan bahagian.

"(Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) Datuk Seri Shafie Apdal yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah akan menyampaikan ucaptama pada sebelah pagi, diikuti lapan sesi bengkel dengan setiap bengkel disertai antara 100 dan 120 peserta.

"Pelbagai isu akan dibincang pada sesi bengkel itu dan setiap peserta boleh menyuarakan idea dan cadangan bagi memantapkan perjalanan dan gerak kerja parti ke arah pilihan raya," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata resolusi daripada konvensyen itu akan menjadi 'blue print' terhadap gerak kerja Umno di peringkat negeri, bahagian dan cawangan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Resolusi konvensyen itu akan disalur kepada akar umbi bagi membolehkan mereka memahami tindakan yang telah disusun dalam memastikan kemenangan pada pilihan raya umum nanti," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain