suria

Pelayan Restoran Bebas Tuduhan Rompak

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun didakwa merompak wang tunai RM50 dan telefon bimbit, seorang pelayan restoran dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan itu oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat.

Hakim Zainal Abidin Kamaruddin membuat keputusan itu terhadap Basri Ismail, 26, tanpa memanggil dia membela diri terhadap pertuduhan.

"Setelah meneliti keterangan saksi, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap tertuduh," kata Zainal Abidin pada penghakimannya.

Basri sebelum ini didakwa melakukan kesalahan itu terhadap M. Gajegeesen pada pukul 3 pagi, 16 Jun 2008 di lorong belakang Hotel Replika Inn, Jalan Alor, Dang Wangi, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Kong Faat sementara Basri diwakili peguam Jakaria Abdul Jalil.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain