suria

Mayat Putus Kepala Ditemui Di Bukit Beruntung

KUALA LUMPUR: Satu mayat dijumpai dengan kepala terputus di dalam hutan di Sungai Tinggi, Bukit Beruntung petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, mayat lelaki yang tidak beridentiti itu ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut.

"Ketika ditemui, mayat itu berada dalam keadaan mengiring dengan kepalanya di dada. Terdapat kesan tetakan pada tengkuk mayat yang berseluar pendek warna merah dan berbaju putih," katanya.

Beliau berkata tiada senjata ditemui di tempat kejadian dan mangsa dipercayai dibunuh lebih daripada 24 jam sebelum mayatnya ditemui.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi polis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain