suria

SPRM Tidak Berhasrat Siasat Dakwaan Penulis Barry Wain - Nazri

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bercadang menyiasat dakwaan Barry Wain dalam bukunya "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" kerana mendapati tiada elemen perlakuan rasuah berlaku seperti yang didakwanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata selepas meneliti buku berkenaan SPRM mendapati tiada asas berlakunya kesalahan itu di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Charles Anthony Santiago (DAP-Klang) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.

Dalam bukunya, Wain bekas Pengarang Urusan Asian Wall Street Journal mendakwa kononnya Dr Mahathir membazirkan sehingga RM100 bilion ketika menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir dalam blognya http://chedet.co.cc/chedetblog/ mengakui pernah berlaku beberapa kerugian dalam tempoh pentadbirannya tetapi jumlahnya tidak pun mencecah RM10 bilion. - BERNAMA

Artikel Lain