suria

Kerajaan Hadkan Jawatan Ahli Lembaga Pengarah GLC

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan pengarah yang dilantik untuk menduduki kerusi ahli lembaga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hanya dibenarkan memegang posisi itu tidak lebih di lima syarikat GLC tidak termasuk anak-anak syarikat.

Mereka juga tidak dibenarkan memegang jawatan ahli lembaga lebih dari 10 syarikat yang tidak disenaraikan.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng di Dewan Rakyat semalam.

Kata Najib, garis panduan berkaitan perkara itu telah disediakan oleh sebuah jawatankuasa khas berkaitan prestasi tinggi GLC.

Artikel Lain