suria

Buruh Indonesia Dihukum Penjara Cabul Budak

SHAH ALAM: Seorang bekas buruh binaan Indonesia dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencabul seorang remaja di bawah umur, awal tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut memerintahkan supaya hukuman terhadap Dedi Iswanto, 21, bermula daripada tarikh dia ditangkap iaitu 23 April 2009.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Dedi mengaku salah atas tuduhan pilihan mencabul remaja yang berusia 14 tahun 9 bulan pada Mac 2009.

Tertuduh yang bertubuh kecil dan berwajah keanak-anakkan itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Meranti 3A, Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor, dekat sini.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Akmalhana Mohammed mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Tertuduh diwakili peguam James George.

Artikel Sebelum

Artikel Lain