suria

Guru Bebas Tuduhan Cabul Pelajar Istimewa

SHAH ALAM: Selepas lima tahun nama tercemar, semalam seorang guru di sekolah pendidikan khas menarik nafas lega selepas Mahkamah Majistret di sini membebaskan dia daripada tuduhan mencabul pelajarnya.

Majistret Norkamilah Aziz membuat keputusan itu terhadap Mohd Rizal Revoo, 37, selepas selesai mendengar pembelaan tertuduh yang disokong oleh seorang lagi saksi.

Sebelum ini, Mohd Rizal didakwa mencabul pelajar istimewa yang berusia 15 tahun antara pukul 10.20 pagi dan 12 tengah hari, 30 Ogos 2005 di sebuah rumah di Seksyen 18, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim manakala Mohd Rizal diwakili peguam Salim Bashir.

Artikel Berikut

Artikel Lain