suria

Skuad Sayang Selangor Disaran Bantu Tapis Fitnah

Presiden Puncakmas, Mohd Norzuzafre Zulkifle (kiri) menyampaikan cek bernilai RM25,000 kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Skuad dan Stor Sayang Wanita BN Selangor. Foto THE STAR Oleh: RAYMOND OOI.

PETALING JAYA: Skuad Sayang Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) Selangor perlu menjadi ejen 'penapis fitnah dan tohmahan' pembangkang terhadap parti dan para pemimpinnya.

Bagi memastikan peranan skuad itu benar-benar berkesan, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sendiri akan turun padang bersama-sama para sukarelawan skuad itu bagi memberi penjelasan dan penerangan berhubung sebarang isu yang menjadi kemusykilan rakyat berhubung BN.

"Saya sendiri akan perjelas dan buat penerangan sejelas-jelasnya, kita akan buat program khas untuk berdepan dengan apa jua persoalan masyarakat setempat. Jangan nanti kebajikan lupa, fitnah saja ingat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran skuad berkenaan di Kota Damansara di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Noh Omar yang juga Menteri Pertanian dan Asas Tani dan Pesuruhjaya Skuad Sayang Negeri Selangor, Raja Datuk Ropiaah Raja Abdullah.

Skuad Sayang Selangor yang mempunyai 10,000 ahli di seluruh negeri julung-julung kalinya menubuhkan pasukan bermotor bertujuan menjelajah ke setiap pelosok negeri dan daerah.

Ia bagi mempermudahkan usaha berkhidmat dan menabur bakti pada masa sama mengenali rakyat setempat dengan lebih rapat di seluruh negeri membabitkan sukarelawan di kalangan ahli dan pemimpin Wanita BN Selangor.

Rosmah sementara itu memuji usaha para sukarelawan termasuk kaum ibu yang sanggup mengorbankan masa dan menggalas tanggung jawab bagi melaksanakan inisiatif Skuad Sayang.

"Diharap puan-puan mengambil inisiatif selaku ejen pengubah masa depan dan menjadikan Skuad Sayang ini sebagai Pasukan Petugas Khas bagi membantu melaksanakan agenda Jalinan Kasih.

"Saya yakin, kepelbagaian aktiviti kemasyarakatan menerusi penglibatan aktif Wanita BN khasnya di Selangor bukan sahaja menjamin pembelaan, kebajikan dan pendidikan rakyat malah memastikan perjuangan BN sentiasa mendapat tempat di hati mereka," katanya.

Artikel Lain