suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UPSR, PMR: Ahli Parlimen Bebas Tak Setuju Mansuh

KUALA LUMPUR: Konsensus Bebas tidak bersetuju dengan cadangan supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri berkata, peperiksaan UPSR adalah kayu pengukur kepada tahap pencapaian persekolahan untuk tahun keenam manakala PMR bagi tahun kesembilan.

"Kedua-dua peperiksaan berkenaan amat penting sebagai kayu pengukur untuk keberkesanan pembelajaran antara daerah serta negeri.

"Rasional bahawa peperiksaan UPSR dan PMR mendorong kepada sistem pendidikan yang menjurus kepada peperiksaan tidak boleh dinafikan tetapi pemansuhan peperiksaan berkenaan bukanlah penyelesaian terbaik," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Hadir sama ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru), Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Bebas-Nibong Tebal) dan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu).

Selain itu beliau berkata, hanya sistem pendidikan yang memberi penekanan seimbang antara pencapaian akademi dan aktiviti kokurikulum yang dapat membentuk satu sistem pendidikan yang holistik.

Oleh itu katanya, Konsensus Bebas menyarankan kepada kerajaan supaya menyediakan satu dasar pendidikan jangka panjang yang lebih sistematik dan tersusun.

Malah Mohsin Fadzli berkata, mereka berpendapat sistem pendidikan yang ada di negara ini sering berubah mengikut citarasa Menteri.

"Kita lihat dasar pendidikan akan berubah mengikut perubahan penjawat portfolio Menteri Pelajaran.

"Sebab itu Konsensus Bebas menyarankan kepada kerajaan bahawa satu dasar pendidikan jangka panjang, konsisten dan berkesinambungan perlu digubal," katanya.

Dalam pada itu Zahrain berkata, bagaimanapun pihaknya menyambut baik langkah kerajaan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak termasuk rakyat berhubung cadangan berkenaan.

"Langkah nak kumpul maklumat ini memang bagus, sekurang-kurang kita boleh beri pandangan sebelum apa-apa tindakan diambil," katanya.

Artikel Lain