suria

Mayat Terakhir Dua Beranak Lemas Ditemui Awal Hari Ini

TUARAN: Mayat terakhir dalam kejadian dua beranak lemas di Pantai Dalit, dekat sini ditemui kira-kira 50 kilometer dari tempat kejadian, awal hari ini.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Daerah Tuaran, Faidizal Abdullah berkata mayat Jefitin Ginajal, 43 tahun yang berasal dari Kampung Tambalugu, Tuaran ditemui terdampar di tepi pantai pada kira-kira pukul 6.50 pagi tadi.

Mayat berkenaan ditemui oleh orang kampung yang kebetulan berada di kawasan pantai itu untuk membantu mencari mangsa, katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata polis kemudian dimaklumkan dan membawa mayat itu ke hospital daerah Tuaran untuk bedah siasat.

Dalam Kejadian itu semalam, dua beranak lemas ketika cuba menyelamatkan seorang lagi anak perempuannya yang berumur 16 tahun, tetapi lemas dalam kejadian 12 tengah hari itu.

Mayat Rony Jefitin, 25, ditemui bot ronda Jabatan Bomba dan Penyelamat Tuaran pada kira-kira pukul 2.15 petang, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Lain