suria

Dua Beranak Lemas Ketika Cuba Selamatkan Ahli Keluarga

TUARAN: Dua beranak, seorang ayah dan anak lelakinya, lemas semasa cuba menyelamatkan seorang lagi anggota keluarga mereka iaitu seorang remaja perempuan berusia 17 tahun daripada dibawa arus di Pantai Dalit, dekat sini.

Dalam kejadian yang berlaku 12.40 tengah hari itu, Jufitin Ginajal, 48 dan Rony, 25, hanyut dibawa arus ketika cuba menyelamatkan Ivey iaitu adik Rony.

Pegawai operasi bomba Fadizal Abdullah berkata pasukannya tiba di lokasi kejadian pada 1.09 petang dan menemui mayat Rony pada 2.16 petang, tidak jauh dari tempat kejadian.

"Operasi mencari seorang lagi mangsa sedang dijalankan ketika ini," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata Ivey kemudiannya telah diselamatkan oleh orang awam yang berada di pantai tersebut dan kini menerima rawatan di Hospital Tuaran.

Keluarga yang berasal dari Kampung Mengkaladoi, sedang berkelah di pantai tersebut ketika kejadian. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain