KWSP Hantar Penyata Akaun Kepada 6.33 Juta Pencarum - Semasa | mStar

KWSP Hantar Penyata Akaun Kepada 6.33 Juta Pencarum

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menghantar penyata akaun 2009 kepada 6.33 juta pencarumnya sebagai sebahagian daripada usaha untuk memaklumkan kepada mereka status terkini simpanan mereka.

"Penyata akaun KWSP penting bagi membantu pencarum mengetahui status simpanan persaraan mereka," kata Nik Affendi Jaafar, Pengurus Besar KWSP bagi Perhubungan Awam dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menggesa pencarum untuk menyemak dengan teliti penyata mereka bagi memastikan simpanan mereka mengikut peraturan dan majikan menyerahkan caruman kepada KWSP tepat pada masa.

Nik Affendi juga mengingatkan pencarum sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, mereka perlu mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka atau melaporkannya dengan segera kepada KWSP.

Penyata akaun diposkan ke alamat kediaman pencarum seperti yang didaftarkan dalam rekod KWSP.

Alamat boleh dikemaskinikan di mana-mana cawangan KWSP, menerusi i-Akaun yang merupakan akaun dalam talian khas yang diakses menerusi laman web myEPF atau mengisi borang KWSP 3 dan mengeposkannya ke cawangan berdekatan bersama dengan salinan kad pengenalan.

KWSP menjalankan kempen iklan di radio dan televisyen bermula 21 Jun hingga 11 Julai bagi mengingatkan anggota untuk menyemak penyata akaun mereka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain