Ibu Tunggal Mengaku Tidak Bersalah Merompak - Semasa | mStar

Ibu Tunggal Mengaku Tidak Bersalah Merompak

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merompak seorang ahli perniagaan menggunakan pisau di sini, tiga tahun lepas.

Ong Lai Fong, 37, atau nama Islamnya Nur Hidayah Jasmin Abdullah didakwa dengan niat merompak wang tunai RM49,000 daripada Leong Kok Hoong, 32, di Jalan Besar Kepong berhampiran kedai Pajak Gadai Sinthye Tong (Lian Kee), Sentul pada 3.25 petang, 6 Jun 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun hingga 14 tahun dan boleh didenda dan sebat, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hafiz Mohd Yusoff mencadangkan mahkamah supaya mengenakan jaminan RM20,000 berikutan kesalahan yang dilakukan Ong adalah serius.

Bagaimanapun, peguam Leonard Anselm Gomes yang mewakili Ong memohon supaya mahkamah mengenakan jaminan RM5,000 memandangkan anak guamnya tidak bekerja dan perlu menjaga anak lelakinya berusia 13 tahun.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan Ong diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Julai depan untuk sebutan kes. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.