Kerajaan Kaji Turun Harga Perkhidmatan Internet - Semasa | mStar

Kerajaan Kaji Turun Harga Perkhidmatan Internet

SINGAPURA: Kerajaan dalam usaha melebarkan perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara sedang mengkaji untuk mengurangkan bayaran perkhidmatannya bagi memastikan rakyat, terutama di luar bandar mampu memiliki perkhidmatan tersebut.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata di Singapura bayaran bagi perkhidmatan internet untuk kelajuan asas 2 megabit sesaat (Mbps) adalah S$10 (kira-kira RM20) sebulan dan ini juga boleh dilakukan di Malaysia memandangkan sekolah kini dikenakan kadar RM20 sebulan untuk kelajuan yang sama.

Syarikat telekomunikasi disarankan supaya realistik dalam menetapkan kadar bayaran perkhidmatan tersebut dan sentiasa melihat apa yang negara lain capai seperti Korea, Taiwan, China, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Ini selaras dengan usaha kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RKM-10) untuk meningkatkan penembusan jalur lebar secara signifikan dengan menetapkan sasaran peningkatan penembusan jalur lebar isi rumah kepada 75 peratus menjelang akhir tahun 2015, katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Forum peringkat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Teknologi (ICT) ke-6 sehari di sini hari ini.

Beliau tiba di sini pagi ini untuk menghadiri forum itu bertemakan "Menghubungkan Masyarakat Menerusi ICT untuk Pembangunan Ekonomi dan Sosial" yang dirasmikan Pemangku Menteri Penerangan Komunikasi dan Kesenian Singapura Lui Tuck Yew. Forum itu membincangkan secara tidak rasmi isu-isu mengenai ICT yang memberi kesan terhadap masyarakat dan ekonomi, diadakan sempena Pertukaran Perniagaan Media Infocomm (imbX) yang akan bermula esok di Pusat Ekspo Singapura.

Rais berkata syarikat komunikasi boleh mengenakan bayaran berbeza untuk rakyat yang mahu perkhidmatan jalur lebar asas dan mereka yang mahu perkhidmatan internet dengan kelajuan yang lebih pantas.

Beliau berkata ini adalah antara usaha kerajaan dalam membangunkan jalur lebar di negara ini selaras dengan kemudahan asas negara, bagaimanapun usaha ini akan dilakukan cara berperingkat-peringkat mengikut kewibawaan syarikat telekomunikasi negara.

Selain keperluan merumuskan kos komunikasi talian tetap dengan talian tanpa wayar bagi mewujudkan kadar yang sesuai untuk perkhidmatan tersebut, katanya.

Rais juga berkata pada sesi forum hari ini, beliau turut mengemukakan usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan penduduk luar bandar juga mendapat perkhidmatan jalur lebar yang sama dengan penduduk bandar yang akan dibangunkan sebagai salah satu prasarana asas negara, iaitu bekalan air, elektrik dan jalan raya, yang mendapat sambutan positif daripada peserta.

Rais juga berkata pada forum hari ini yang turut dihadiri oleh tokoh industri telekomunikasi, mereka turut berbincang mengenai sama ada perundangan perlu diadakan bagi mengawal kenaikan kos perkhidmatan jalur lebar bagi memastikan kos terkawal.

Bagi Malaysia, ia memberikan persekitaran menentukan kos, tetapi jika syarikat telekomunikasi menaikkan kos perkhidmatan dengan tiba-tiba, kerajaan akan mengambil tindakan bagi memastikan ia tidak menghalang rakyat untuk mendapat perkhidmatan tersebut, katanya.

Sementara itu Lui dalam ucapan pembukaannya berkata dengan ekonomi global, pemulihan ICT sedang meningkat dengan perbelanjaan IT global dijangka mencecah US$3.4 trilion pada tahun ini berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh Gartner, salah sebuah syarikat penyelidikan dan penasihat IT utama dunia.

"Pertumbuhan yang kecil tetapi yag berkekalan sebanyak 5.3 peratus pada tahun lepas. Pertumbuhan 4.2 peratus dijangka pada tahun ini," katanya sambil menambah bahawa pertumbuhan kekal dalam konteks peningkatan keperluan perhubungan untuk mengukuhkan pembangunan sosial yang boleh meningkatkan persaingan ekonomi. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain