Mukhriz Tunggu Reaksi DAP, PAS Letak Calon Bukan Islam - Semasa | mStar

Mukhriz Tunggu Reaksi DAP, PAS Letak Calon Bukan Islam

SEREMBAN: Datuk Mukhriz Tun Mahathir mahu melihat apa pula reaksi DAP apabila rakannya dalam Pakatan Rakyat, PAS membenarkan calon bukan Islam menggunakan simbol parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Di samping menyifatkan perkara tersebut sebagai menarik, Anggota Parlimen Jerlun itu berkata tindakan tersebut seolah-olah menindakkan peranan DAP yang mempunyai lebih ramai calon dari kalangan bukan Islam.

"Sebelum ini pernah berlaku di Perak di mana DAP telah mewujudkan satu cawangan yang semua ahlinya dari kalangan orang Melayu Islam. Jadi, sekarang ini apabila PAS juga lakukan perkara yang sama, saya menantikan apa pula tindak balas daripada pihak DAP," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno cawangan Pantai dan Pantai Setia di sini hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata langkah PAS tersebut juga merupakan satu sandiwara.

"Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam namanya sahaja sudah ada perkataan Islam. Jadi saya tidak yakin yang mereka sebenarnya serius untuk membuka parti mereka kepada yang bukan Islam, hanya sekadar nak ambil hati yang bukan Islam," katanya.

Beliau juga berkata usaha PAS tersebut tidak akan memberi kesan kepada Umno kerana Barisan Nasional yang ditunjangi Umno sejak dahulu mengamalkan formula perkongsian kuasa yang cukup berjaya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Muktamar PAS Lulus Enam Usul

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain