Sukarelawan Malaysia Atas Kapal Rachel Corrie Tekad Teruskan Misi - Semasa | mStar

Sukarelawan Malaysia Atas Kapal Rachel Corrie Tekad Teruskan Misi

KUALA LUMPUR: Pengalaman ngeri 12 sukarelawan Malaysia yang ditawan tentera Israel yang menyerang flotila bantuan kemanusiaan untuk Gaza Isnin lepas, tidak melemahkan semangat satu lagi kumpulan sukarelawan negara yang berada di atas kapal Rachel Corrie yang sedang menuju ke destinasi yang sama.

Sebaliknya wakil pertubuhan Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal dalam satu kenyataan hari ini berkata mereka sudah lebih daripada bersedia untuk meneruskan misi menghantar bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin di Gaza.

Katanya mereka lega mendengar berita mengenai pembebasan kumpulan rakyat Malaysia yang ditawan itu, namun pada masa yang sama turut bimbang apabila mendengar mengenai layanan yang diterima.

"Kami berharap tidak akan melalui pengalaman yang serupa, tapi pilihan itu sebenarnya bukan di tangan kami. Kami bersedia menghadapi apa jua keadaan yang menanti, dan bertekad untuk meneruskan misi ini. Setiap orang di atas kapal ini nampak penuh bersemangat," katanya bagi pihak sukarelawan Malaysia di atas kapal MV Rachel Corrie.

Beliau berkata mereka berharap dengan tekanan antarabangsa dan sokongan pelbagai kerajaan, kapal itu akan diberikan laluan yang selamat ke Gaza.

Sementara itu 12 rakyat Malaysia yang dibebaskan oleh tentera Israel sebelum ini kini berada di Jordan dan dijadualkan kembali ke Malaysia Ahad ini.

Pada 30 Mei lepas tiga kapal dari PGPO termasuk MV Rachel Corrie berlepas dari pelabuhan Malta untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke semenanjung Gaza.

Selain Shamsul, turut berada di atas Rachel Corrie adalah Anggota parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, peguam Matthias Chang dan dua wakil media dari stesen televisyen TV3.

Dua lagi kapal PGPO adalah 'Challenger 1' dan 'Challenger 2'. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain