Keengganan Gadis Terlanjur Guna Prasarana Yang Disediakan Dikesali

PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil kesal dengan sikap sesetengah pihak terutamanya gadis terlanjur yang tidak memanfaatkan prasarana yang disediakan oleh kerajaan tetapi mengambil jalan mudah dengan membuang bayi.

"Kita telah sediakan prasarana untuk bantu mereka (gadis terlanjur) menerusi 55 institusi kebajikan, 104 pejabat kebajikan daerah dan 53 klinik LPPKN.

"Kerajaan telah belanja berjuta-juta ringgit untuk membinanya tapi kalau ia tidak digunakan, amatlah rugi," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Perlindungan Bayi dan Anak Yatim, OrphanCARE di sini hari ini yang disempurnakan oleh Sultanah Pahang Sultanah Kalsom.

Baginda yang juga penaung pusat tersebut, berkenan menghulurkan sumbangan RM10,000 kepada OrphanCARE manakala Shahrizat menyerahkan sumbangan RM100,000 bagi pihak kerajaan.

OrphanCARE adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat memberi kasih sayang dan perlindungan kepada anak yatim serta bayi terbiar di negara ini.

Terdahulu ketika berucap, Shahrizat berkata kementerian berpendirian bahawa seseorang anak itu perlu berada bersama sebuah keluarga dan penempatan anak yatim di rumah anak yatim seharusnya menjadi pilihan terakhir.

Beliau berkata kementerian turut menggalakkan rumah anak yatim supaya menawarkan anak yatim yang layak untuk diambil sebagai anak angkat dalam usaha mengurangkan jumlah rumah anak yatim di negara ini.

Sementara itu, Sultanah Kalsom pula memuji anggota OrphanCARE berikutan usaha tanpa jemu mereka mengendalikan rumah anak yatim itu dan mencari keluarga angkat, termasuk bagi 14 kanak-kanak baru-baru ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain