suria

Lelaki Berang Bapa Tiri Bunyi Hon

KUANTAN: Seorang buruh ditahan selepas cuba mencederakan ibu dan bapa tirinya kerana berang bapa tirinya membunyikan hon kereta.

Lelaki berusia 31 tahun itu dan dipercayai seorang penagih dadah telah membaling topi keledar, tukul besi dan kerusi ke arah bapa tirinya berusia 84 tahun dan ibunya berusia 57 tahun ketika pasangan itu baru pulang dari hospital, kata Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Asyikin Shamsuri hari ini.

"Ketika kejadian pada 1.30 tengah hari semalam, bapa tiri lelaki itu baru pulang dari menjalani rawatan di hospital, dan apabila sampai di rumah, mendapati kereta milik jirannya telah menghalang laluan masuk ke rumahnya, lalu dia membunyikan hon berkali-kali.

"Sejurus kemudian, suspek yang berada dalam rumah telah keluar dan secara tiba-tiba menjerit dan memaki hamun ibu bapanya sebelum bertindak membaling objek tapi mereka dapat mengelak," kata Noor Asyikin. - BERNAMA

Artikel Lain