Samy Vellu Akan Menilai Prestasi Ketua Cawangan MIC - Semasa | mStar

Samy Vellu Akan Menilai Prestasi Ketua Cawangan MIC

KUALA LUMPUR: Sehari selepas mengumumkan beliau akan mengundurkan diri lapan bulan sebelum penggal beliau sebagai presiden MIC berakhir pada Mei 2012, Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini berkata beliau akan menilai prestasi setiap ketua cawangan parti ke arah memantapkan lagi jentera parti di peringkat akar umbi.

Katanya, ia merupakan antara langkah berterusan beliau dalam menyusun semula kepimpinan parti.

Samy Vellu berkata proses penilaian tersebut penting sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 di mana undi masyarakat India amat penting bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN).

"Penilaian ini melibatkan mutu perkhidmatan yang diberikan, bilangan program yang diadakan, bilangan pengundi baru yang didaftarkan, maklum balas orang ramai, dan sebagainya," kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Samy Vellu berkata proses penilaian tersebut juga penting agar MIC akan mempunyai pemimpin-pemimpin yang komited dan rajin serta mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik.

"Cawangan-cawangan yang kurang atau tidak aktif akan dirombak dan diberi nafas baru melalui pelantikan pemimpin baru," katanya.

Samy Vellu berkata ibu pejabat MIC juga akan mengadakan kursus-kursus jangka pendek untuk semua ketua cawangan dalam masa terdekat ini.

"Kursus-kursus ini akan diadakan secara berperingkat mengikut zon-zon," kata beliau.

Beliau juga berkata MIC akan mengeluarkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk ketua-ketua cawangan supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang pantas dan efektif kepada masyarakat di lokasi mereka.

"Cawangan-cawangan baru juga akan diwujudkan yang akan dipimpin oleh golongan muda dan wanita," katanya.

Mulai sekarang, cawangan MIC boleh ditubuhkan dengan hanya 60 ahli sahaja berbanding dengan 100 ahli sebelum ini, dan ia telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan, kata beliau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

RM9.5 Juta Baiki Masjid Negara

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain