Pelatih PLKN Perlu Periksa Kesihatan Lebih Teliti - Semasa | mStar

Pelatih PLKN Perlu Periksa Kesihatan Lebih Teliti

KUALA LUMPUR: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diminta melakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih teliti terutama pelatih perempuan supaya kejadian pelatih melahirkan anak seperti yang berlaku di kem PLKN Ovai, Papar, Sabah semalam tidak berulang lagi.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr Tiki Lafe berkata, pihaknya memandang serius soal pemeriksaan kesihatan pelatih ketika menjalani kesihatan.

"Pelatih-pelatih ini memang menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti program tetapi pemeriksaan terperinci perlu dilakukan terhadap mereka," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam seorang pelatih berasal dari Keningau, Sabah yang berusia 18 tahun melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut sebelum ditemui oleh pelatih lain yang curiga mendengar bunyi tangisan bayi di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk mengadakan ujian kehamilan terhadap pelatih perempuan yang menyertai program tersebut.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya memastikan tahap kesihatan anak mereka sebelum menghantar ke program itu agar kejadian sebegitu tidak berulang kembali. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain