Syarikat Diserbu Disyaki Tawar Pelaburan Haram Penternakan Burung Walit - Semasa | mStar

Syarikat Diserbu Disyaki Tawar Pelaburan Haram Penternakan Burung Walit

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat di Kulim, Kedah, hari ini diserbu kerana disyaki menawarkan pelaburan haram kepada orang ramai berkaitan peluang dalam penternakan burung walit dengan menjanjikan pulangan yang besar.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu kenyataan hari ini berkata syarikat itu diserbu kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965.

Menurut SSM, modus operandi syarikat itu adalah untuk mempelawa orang ramai melabur dalam penternakan burung walit, dengan menyatakan ia akan mengurus dan menternak burung walit bagi mendapatkan sarang burung.

Sarang burung itu kemudiannya akan dijual oleh syarikat tersebut dan hasil jualan dikongsi antara syarikat berkenaan dan para pelabur bagi asas 20:80 peratus.

"Pelaburan adalah sekitar RM4,000 hingga RM400,000 dan mereka dijanjikan jualan kasar kira-kira RM120,000 sebulan jika jumlah maksimum dilaburkan," kata SSM.

Siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 84 (1) dan Seksyen 91(1) akta tersebut yang menyatakan mana-mana entiti yang cuba menawarkan kepada orang ramai sebarang skim yang menjanjikan sebarang bentuk pulangan kepada pelaburan perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Pendaftar Syarikat.

Syarikat itu sekarang berada di bawah pengawasan SSM dan aktivitinya akan dipantau dengan rapi.

"Kami akan terus memantau semua syarikat yang menawarkan skim faedah kepada orang ramai sebagai satu usaha berterusan untuk melindungi mereka dengan memastikan pematuhan ketat kepada syarat-syarat Akta Syarikat 1965," kata suruhanjaya itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain