suria

Perkhidmatan KTM Intercity Ke Utara Kembali Pulih

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan antara bandar Keretapi Tanah Melayu (KTM) bagi sektor utara kembali pulih hari ini selepas terganggu akibat kegelinciran kereta api kargo antara Padang Besar dan Prai petang semalam.

Gerabak yang terlibat telah dialihkan dan landasan rosak siap dibaiki pukul 9 pagi ini, menurut kenyataan KTM.

Perkhidmatan tren KTM Intercity di sektor utara dijangka tidak akan mengalami sebarang gangguan perkhidmatan dan beroperasi seperti biasa, menurut kenyataan itu.

Insiden kegelinciran semalam menjejaskan dua perkhidmatan antara bandar iaitu Ekspres Langkawi (Haadyai-Gemas) dan Ekspres Antarabangsa (Butterworth-Bangkok).

Orang ramai boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862 untuk sebarang pertanyaan. - BERNAMA

Artikel Lain