suria

Mayat Bertatu Ditemui Terdampar Di Tepi Pantai

TUMPAT: Mayat seorang lelaki yang hanya berseluar dalam dan mempunyai tatu ditemui terdampar di tepi pantai dekat Pantai Geting, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tumpat Supritendan Khalid Munap berkata mayat lelaki tersebut yang belum dikenalpasti identitinya dan dipercayai lemas ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 2.25 petang tadi.

"Lelaki yang berumur lingkungan 50-an itu dipercayai berketurunan Siam kerana di bahu kanannya terdapat tatu. Lelaki tersebut berkulit cerah, berambut pendek dan hanya berseluar dalam ketika ditemui orang awam tanpa sebarang dokumen pengenalan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata orang awam yang kehilangan saudara-mara boleh menghubungi pihak polis di talian 09-7257223 untuk menuntut mayat di Bilik Mayat Hospital Tumpat.

"Mayat dihantar ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain