suria

Nik Aziz Pertahankan Kenyataan Masjid Boleh Digunakan Untuk Berpolitik

TUMPAT: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tetap berpendirian bahawa masjid boleh digunakan untuk tujuan politik.

Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata baginya menyampaikan ceramah mengenai perkara baik dan melarang perkara yang mungkar di masjid, dibolehkan.

Dalam satu ceramah di Tumpat, beliau berkata sama ada seseorang itu berceramah atau menyampaikan khutbah untuk mengajak masyarakat berbuat kebaikan dan melarang kemungkaran juga adalah politik.

Justeru, katanya, beliau menganggap adalah "bodoh" pendapat yang mengatakan bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk tujuan politik.

Penggunaan masjid untuk menyampaikan ceramah politik menjadi isu dalam pilihan raya kecil kawasan parlimen Hulu Selangor pada 25 April lepas.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan masjid di negeri Selangor tidak boleh digunakan oleh mana-mana pihak untuk berpolitik. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Pertahan Nik Aziz

Artikel Lain