suria

Lima Lelaki Bertopeng Pecah Masuk Rumah Di Pahang

KUANTAN: Lima sekeluarga trauma apabila lima lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang memecah masuk dan menyamun di rumah mereka di Kampung Pahang, Sungai Soi, di sini, awal hari ini.

Mangsa, Abdul Ghani Uyop, 41, berkata dalam kejadian 4.30 pagi itu, beliau bersama isteri dan empat anaknya yang berusia lapan hingga 15 tahun sedang nyenyak tidur.

"Kejadian itu hanya disedari apabila pintu bilik tidur dipecahkan sebelum mereka bertindak mengacu parang ke arah saya.

"Masa itu saya hanya teringatkan keselamatan keluarga...isteri saya dengan tiba-tiba menjerit ketakutan menyebabkan seorang daripada suspek naik angin dan menyuruhnya diam," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata anak perempuannya yang berusia 15 tahun cedera ringan selepas diketuk dengan objek keras oleh penyamun terbabit.

Abdul Ghani berkata selepas menggeladah rumahnya, kelima-lima lelaki itu melarikan diri bersama wang tunai berjumlah RM2,000, barang kemas dan lima telefon bimbit.

Mereka turut melarikan kereta proton Wira milik Abdul Ghani.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supritendan Zulkifli Taha ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaid Pertahan Nik Aziz

Artikel Lain