Polis Subang Jaya Lumpuh Geng Samun Tiga Bersaudara - Semasa | mStar

Polis Subang Jaya Lumpuh Geng Samun Tiga Bersaudara

KUALA LUMPUR: Kegiatan geng samun "Tiga Bersaudara" yang aktif melakukan jenayah samun di sekitar Subang, Cheras dan Kajang lumpuh ekoran tertangkapnya empat anggota kumpulan itu di Serdang dan Cheras semalam.

Polis sedang memburu seorang lagi anggota kumpulan itu, yang dipercayai adik-beradik kepada dua daripada empat lelaki itu yang berumur antara 20 dan 27 tahun.

"Kumpulan yang aktif dalam kegiatan samun sejak 2009 ini turut dianggotai tiga beradik, bagaimanapun seorang daripadanya masih gagal dikesan dan sedang diburu," kata Ketua Polis Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar dalam sidang media di pejabatnya di Seri Kembangan di sini hari ini.

Dua daripada suspek itu telah menyamun seorang penunggang motosikal di Taman Perhentian Bukit Puchong dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi selepas mengugut mangsa dengan sebilah parang dan kerana ketakutan mangsa telah menyerahkan dompet yang mengandungi wang tunai sebanyak RM600.

Kira-kira 15 minit kemudian, dua suspek itu "mengganas" lagi dan menyamun seorang lagi penunggang motosikal di kawasan Serdang di mana mangsa kerugian kira-kira RM1,400.

Zainal Rashid berkata mangsa samun kedua itu telah bertindak melaporkan kejadian itu kepada polis peronda yang kebetulan melalui lokasi kejadian bahawa beliau telah disamun dua lelaki yang masing-masing menunggang motosikal.

Bertindak dari laporan itu, katanya pasukan polis berjaya mengesan kedua-dua suspek yang ketika itu sedang menghala ke jalan besar Serdang Raya.

"Terkejut dengan kehadiran polis, kedua-dua mereka memecut laju motosikal masing-masing bagi mengelak dari ditahan polis, namun seorang daripada suspek berjaya diberkas setelah motosikalnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika cuba melarikan diri," katanya.

Susulan daripada penahanan seorang suspek itu, polis kemudiannya membuat serbuan di sebuah rumah di Batu 9, Cheras, pada pukul 9 pagi dan memberkas seorang lelaki yang merupakan rakan kepada suspek.

"Pemeriksaan dalam rumah itu, polis menemui tiga bilah parang, tiga bilah pisau, sebatang besi, dua nombor pendaftaran kereta palsu, 13 dompet pelbagai jenama dan dua buah telefon bimbit. Polis turut menemui semula tiga kad bank milik mangsa kedua," katanya.

Beliau berkata hasil soal siasat ke atas suspek kedua, polis kemudiannya menyerbu sebuah hotel di Balakong dan menahan dua lagi lelaki di mana seorang daripadanya merupakan suspek yang berjaya melarikan diri daripada ditahan polis peronda, katanya.

Zainal Rashid berkata siasatan awal terhadap keempat-empat suspek mendapati mereka mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah termasuk terlibat dalam 12 kes samun daerah Subang dan sekitarnya yang melibatkan kerugian lebih RM10,000.

Kesemua mereka kini ditahan reman selama satu minggu bermula hari ini untuk siasatan lanjut, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan dan bersenjata, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Tumpas Geng Kecik Di Brickfields

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin