Pengguna Di Perlis Tidak Perlu Bimbang, Gula Cukup: KPDNKK - Semasa | mStar

Pengguna Di Perlis Tidak Perlu Bimbang, Gula Cukup: KPDNKK

KANGAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini meminta pengguna di Perlis agar tidak melakukan 'pembelian panik' gula kerana bekalan bahan itu mencukupi.

Pengarah KPDNKK negeri, Mohd A. Aruwan Ab Aziz berkata, untuk bulan ini Perlis mempunyai stok sebanyak 751.55 tan metrik.

"Purata harian bagi bekalan gula di Perlis sebanyak 50 metrik tan dan stok mencukupi bagi kegunaan rakyat di negeri ini", katanya kepada pemberita di sini.

Mohd A. Aruwan mengulas laporan mengenai kekurangan bekalan bahan itu yang menyaksikan peniaga menghadkan jualan gula sejak kebelakangan ini.

Sambil menafikan pihaknya mengeluarkan arahan tersebut, Mohd A. Aruwan berkata, keadaan itu mungkin berpunca daripada tindakan sesetengah peniaga yang didapati sengaja berbuat demikian bagi tujuan menjual gula pada harga lebih tinggi kepada pengguna di Thailand.

"Di Malaysia, harga satu kilogram gula bersubsidi adalah RM1.65 sedangkan di Thailand harganya mencecah RM2.60 sekilogram," katanya.

Sementara itu, seorang pemborong, Tan Kin Bin, 54, ketika ditemui berkata, premisnya tidak mempunyai masalah kekurangan bekalan gula seperti yang dilaporkan.

"Setiap hari syarikat pembekal akan menghantar 10 tan metrik gula dan masalah kelewatan hanya berlaku jika pembekal mengalami masalah pengangkutan yang menyebabkan bekalan gula lewat sehari," katanya.

Tan berkata bekalan gula yang diterimanya akan diagih ke pasaraya di sekitar negeri itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain