suria

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kematian Robert Lau

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluangkan masa selama seminit untuk bertafakur berikutan kematian anggota Parlimen kawasan Sibu Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada Jumaat lepas.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandie yang mengumumkan perkara itu turut merakamkan ucapan takziah kepada balu mendiang, Datin Janet Lau Ung Hie serta keluarga mendiang.

"Pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan Dewan Rakyat khasnya. Saya jemput semua anggota Parlimen untuk bangun dan bertafakur selama satu minit," kata Ronald.

Lau, 68, yang merupakan Timbalan Menteri Pengangkutan dan menyandang kerusi Parlimen Sibu selama lima penggal, meninggal dunia di Kuala Lumpur setelah lama menghidap kanser hati. - BERNAMA

Artikel Sebelum

ZAID YANG SAYA KENALI...

Artikel Berikut

Artikel Lain