suria

Hormati Perlembagaan Persekutuan - Perkasa

PETALING JAYA: Rakyat negara ini seharusnya menghormati hak dan keistimewaan bumiputera serta bukan bumiputera di negara ini seperti dalam Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pihak yang cuba mempertikaikan mengenai perkara itu adalah sebenarnya bersifat perkauman, anti Perlembagaan dan kontrak sosial.

"Perkasa sendiri sering menyatakan bahawa kita mendukung semua hak bumiputera dan bukan bumiputera yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Jadi kenapa ada pihak-pihak yang ingin menganggu ketenteraman sedia ada dengan melabelkan Perkasa sebagai bersifat perkauman," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Menurutnya lagi, bumiputera tidak pernah mengambil kesempatan atau merampas apa jua hak bukan Melayu.

"Malah orang Melayu di negara ini adalah baik hati terhadap semua permintaan daripada bukan Melayu.

"Sebaliknya, mereka sentiasa mendesak terhadap apa yang telah digariskan dalam Perlembagaan sebagai hak orang Melayu yang diberikan hanya kerana perkataan 'Melayu' yang disebut dalam Perlembagaan," katanya.

Ibrahim mengulas laporan akhbar The Sun semalam bertajuk 'Wee: MCA Youth backs Loh' dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong mempertahankan kenyataan Timbalan Setiausahanya, Loh Chew June yang menyelar Perkasa sebagai bersifat perkauman.

Hari ini, Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanafiah berkata, pertubuhan itu akan menghadiahkan buku Perlembagaan berbahasa Malaysia kepada dua pemimpin Geakan dan MCA.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain