suria

Matthias Chang Gagal Dalam Saman Terhadap American Express

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman oleh Matthias Chang, bekas setiausaha politik kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, terhadap American Express (Malaysia) Sdn Bhd.

Hakim Noor Azian Shaari memutuskan bahawa Chang telah gagal membuktikan kesnya selepas mendengar saksi dari kedua-dua pihak dan penghujahan hari ini.

Chang, 60, juga seorang peguam, menyaman American Express kerana melanggar kontrak dan mengemukakan saman malu kerana kadnya digantung.

American Express, dalam pembelaannya, berkata tidak terdapat bukti pelanggaran kontrak atau kerosakan reputasi sebagaimana didakwa.

Peguam Manjit Singh mewakili Chang dan Prakash Menon bertindak bagi pihak American Express.

Semalam, Chang didenda RM20,000 atau jika gagal membayar denda dikenakan penjara sebulan oleh mahkamah kerana menghina setelah beliau gagal memohon maaf kepada mahkamah selepas berbalah dengan hakim dan seorang peguam bela semasa soal balas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain