Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Kereta - Semasa | mStar

Tiga Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Kereta

KUALA PILAH: Tiga orang dalam satu keluarga maut selepas Proton Saga yang mereka naiki bertembung dengan dengan sebuah kereta lain dalam satu kemalangan di Kilometer 17, Jalan Seremban Kuala Pilah pukul 9 malam tadi.

Menurut jurucakap polis ketika dihubungi, terdapat enam orang sekeluarga dalam Proton Saga itu manakala, kereta satu lagi yang merupakan Proton Iswara mengandungi tiga lelaki.

"Mereka yang terbunuh merupakan pemandu, Rosli Hassan, 48, isteri, Roziah Shamsudin, 42, dan cucu mereka, Mohamad Danish Mohd Zaibi, 5 bulan," katanya.

Kereta mereka yang menuju ke arah Seremban bertembung dengan Proton Iswara yang sedang menuruni bukit dari arah pusat bandar.

Roziah dan cucunya meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital.

Tiga lagi anggota keluarga itu mengalami kecederaan termasuk anak mereka, Rozailin Rosli, 21, Shamimi Rosli, 11, dan menantu mereka Saidatul Akma, 18, katanya.

Shamimi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, tiga lelaki dalam kereta Proton Iswara turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, katanya.

Kemalangan yang berlaku hanya beberapa meter sebelum memasuki laluan baru Bukit Putus itu menyebabkan kesesakan lalulintas sepanjang dua kilometer dari kedua-dua arah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain